Sunday, February 21, 2016

Done!!

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum wbt

apa khabar video kami?
esok nak present
apa? tak siap lagi?
dah pukul berapa ni?

ehh jangan begitu.. kami dah siapkan petang tadi dah. dan berjaya di-upload dalam youtube. jemputlah singgah sini untuk menonton dan berikan komen yang suci murni sahaja yaa. haha. overall, kami ambil masa dalam 5 hari untuk siapkan video yang berdurasi 5 minit (lebih sikit). memang bersengkang mata laa. setakat ni masih sempat lagi laa nak makan. takde laa sampai tak makan langsung. kebulur nanti. kalau diikutkan, salah kami juga tak siapkan awal-awal. nak jugak siapkan time dah nak hantar. ni laa jadinya. kena dijadikan pengajaran ni. kami pun tak expect laa juga banyak projek kena siapkan dan dihantar pada minggu 14 ni. tak apa lah. benda dah lepas kan. ok lah, enjoy the video yea.

Saturday, February 20, 2016

WIP Video #2

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Hari ni Ahad. Esok dah kena present video tapi sekarang kami masih dalam proses. Kami shooting selama 5 hari dan video keseluruhan (yang jadi) berjumlah 13 minit. Tapi lepas proses trim and cut, berjaya laa pendekkan kurang daripada 5 minit. Sebab video yang kami kena present nanti tempohnya minimum 3 minit dan maksimum 5 minit. Nanti in syaa Allah kejap lagi siap video ni dan tinggal tunjuk dekat orang lain untuk dijadikan review.


Wednesday, February 17, 2016

WIP Video

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum WBT

Video kami sekarang ni masih dalam proses walaupun kami kena hantar minggu depan. Kalau diikutkan sekarang ni kami sepatutnya dah dalam proses edit video tapi banyak  halangan kena lalui dan tempuhi (eccehh)

 Storyboard
 Skrip
Try test main game

Ni kami kasi sneak peek untuk video kami, tapi yang tak jadi punya je laa :P hehe


Tuesday, January 26, 2016

Oh My Project !

Bismillahirahmanirrahim ...

Assalamualaikum wbt

Rasanya agak lama kami tak update blog kan... maklum lah lepas je cuti midsem hari tu, sume assignment kena submit. Tambahan pula, minggu lepas kitorang mid term.. jadi,sorry sangat-sangat..huu~ tapi tak bermakna kami abaikan terus projek multimedia kami ni.. lagi berapa minggu je lagi dateline..buat yang tak sabar nak tengok tu,,bawak bersabar lah yee..

Sunday, December 27, 2015

Storyboarding Process

Bismillah

Assalamualaikum wbt

Untuk minggu ni, kami tak tunjuk gambar. Cumanya nak bagitau pasal proses buat storyboard ni. Kami mula berbincang pada hari Ahad (hari ni laa). Mula-mula kami download je template storyboard, lepas tu baru start lukis. Time tengah update ni pun, kitorang masih buat storyboard tu. takpe, in syaa Allah sempat. Sebab esok kena present, mana boleh tak siap.

tetapi, satu jam kemudian, kami dah siap (lukis storyboard je)

nak tau camne cerita kami? nantikan presentation paperwork pada 28 Disember 2015.


Friday, December 18, 2015

Proposal Making OTW!!

bismillahirrahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera (:

Lepas beberapa hari, baru sempat kami nak update blog ni sebab busy sangat dengan assignment subjek lain. Oke ni pun assignment jugak.

Setakat ni kami baru buat sikit untuk proposal. Jadi, layanlah gambar-gambar kami sepanjang buat proposal ni;