Sunday, December 27, 2015

Storyboarding Process

Bismillah

Assalamualaikum wbt

Untuk minggu ni, kami tak tunjuk gambar. Cumanya nak bagitau pasal proses buat storyboard ni. Kami mula berbincang pada hari Ahad (hari ni laa). Mula-mula kami download je template storyboard, lepas tu baru start lukis. Time tengah update ni pun, kitorang masih buat storyboard tu. takpe, in syaa Allah sempat. Sebab esok kena present, mana boleh tak siap.

tetapi, satu jam kemudian, kami dah siap (lukis storyboard je)

nak tau camne cerita kami? nantikan presentation paperwork pada 28 Disember 2015.


Friday, December 18, 2015

Proposal Making OTW!!

bismillahirrahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera (:

Lepas beberapa hari, baru sempat kami nak update blog ni sebab busy sangat dengan assignment subjek lain. Oke ni pun assignment jugak.

Setakat ni kami baru buat sikit untuk proposal. Jadi, layanlah gambar-gambar kami sepanjang buat proposal ni;







Monday, December 7, 2015

Kru dan Sinopsis


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

kami buat blog ni sebab blog ni akan dijadikan report untuk tugasan kami dalam subjek Pembangunan Aplikasi Multimedia yang diajar oleh Puan Haslina binti Hassan; pensyarah kami yang paling sporting, paling disayangi dan paling best. So, tugasan kami sebenarnya adalah untuk membuat video yang berkaitan dengan 'Kesedaran permainan berkomputer, dan pengaruhnya terhadap remaja Malaysia". Jadi, saya sebagai updater yang pertama memperkenalkan rakan seperjuangan yang akan berjuang menyiapkan video yang dijangka siap pada minggu ke-14. Jadi, berikut adalah ahli kumpulan kami:

1. Maryam Jamilah binti Abd Najeh
2. Farizan binti Hamzah
3. Siti Balqis binti Mohamed Yaso

berikut adalah sinopsis bagi video kami yang bertajuk 'The Broken Rules':

Sering didengari di sana sini mengenai keburukann bermain permainan berkomputer yang menggerunkan masyarakat terutama dari kalangan ibu bapa. kesan-kesan yang sering kita dengari adalah seperti masalah pembelajaran dan terlalu leka sehingga melupakan segala tugasan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Sebenarnya terdapat kebaikan dalam setiap perkara di dunia ini walaupun sedikit, termasuklah permainan berkomputer yang sudah sebati dengan tanggapan negatif masyarakat dunia. Namun, terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi apabila seseorang ingin mendapatkan lebih banyak kelebihan apabila bermain permainan berkomputer. Namun, jika peraturan ini dilanggar, akan berlaku sesuatu kepada sang pengguna yang mungkin tiada siapa yang dapat menjangka. Apakah peraturan yang menjadi pegangan yang dalam mencapai kelebihan bermain permainan berkomputer? dan apa yang akan berlaku seandainya peraturan tersebut dilanggar? Nantikan dalam  "The Broken Rules"

Rasa ingin tahu? Hahaha, harap bersabar kerana jalan cerita pun masih belum ada *peace*