Bismillah
Assalamualaikum wbt
Untuk minggu ni, kami tak tunjuk gambar. Cumanya nak bagitau pasal proses buat storyboard ni. Kami mula berbincang pada hari Ahad (hari ni laa). Mula-mula kami download je template storyboard, lepas tu baru start lukis. Time tengah update ni pun, kitorang masih buat storyboard tu. takpe, in syaa Allah sempat. Sebab esok kena present, mana boleh tak siap.
tetapi, satu jam kemudian, kami dah siap (lukis storyboard je)
nak tau camne cerita kami? nantikan presentation paperwork pada 28 Disember 2015.
Sunday, December 27, 2015
Friday, December 18, 2015
Proposal Making OTW!!
bismillahirrahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera (:
Lepas beberapa hari, baru sempat kami nak update blog ni sebab busy sangat dengan assignment subjek lain. Oke ni pun assignment jugak.
Setakat ni kami baru buat sikit untuk proposal. Jadi, layanlah gambar-gambar kami sepanjang buat proposal ni;
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera (:
Lepas beberapa hari, baru sempat kami nak update blog ni sebab busy sangat dengan assignment subjek lain. Oke ni pun assignment jugak.
Setakat ni kami baru buat sikit untuk proposal. Jadi, layanlah gambar-gambar kami sepanjang buat proposal ni;
Saturday, December 12, 2015
Monday, December 7, 2015
Kru dan Sinopsis
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
kami buat blog ni sebab blog ni akan dijadikan
report untuk tugasan kami dalam subjek Pembangunan Aplikasi Multimedia yang
diajar oleh Puan Haslina binti Hassan; pensyarah kami yang paling sporting,
paling disayangi dan paling best. So, tugasan kami sebenarnya adalah untuk
membuat video yang berkaitan dengan 'Kesedaran permainan berkomputer, dan
pengaruhnya terhadap remaja Malaysia". Jadi, saya sebagai updater yang
pertama memperkenalkan rakan seperjuangan yang akan berjuang menyiapkan video yang dijangka siap pada minggu ke-14.
Jadi, berikut adalah ahli kumpulan kami:
1. Maryam Jamilah binti Abd Najeh
2. Farizan binti Hamzah
3. Siti Balqis binti Mohamed Yaso
berikut adalah sinopsis bagi video kami yang bertajuk 'The Broken Rules':
Sering didengari di sana sini mengenai keburukann
bermain permainan berkomputer yang menggerunkan masyarakat terutama dari
kalangan ibu bapa. kesan-kesan yang sering kita dengari adalah seperti masalah
pembelajaran dan terlalu leka sehingga melupakan segala tugasan dan
tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Sebenarnya terdapat kebaikan dalam
setiap perkara di dunia ini walaupun sedikit, termasuklah permainan berkomputer
yang sudah sebati dengan tanggapan negatif masyarakat dunia. Namun, terdapat
beberapa peraturan yang perlu dipatuhi apabila seseorang ingin mendapatkan
lebih banyak kelebihan apabila bermain permainan berkomputer. Namun, jika
peraturan ini dilanggar, akan berlaku sesuatu kepada sang pengguna yang mungkin
tiada siapa yang dapat menjangka. Apakah peraturan yang menjadi pegangan yang
dalam mencapai kelebihan bermain permainan berkomputer? dan apa yang akan
berlaku seandainya peraturan tersebut dilanggar? Nantikan dalam "The
Broken Rules"
Rasa ingin tahu? Hahaha, harap bersabar kerana jalan cerita pun masih belum ada *peace*
Subscribe to:
Comments (Atom)





