Monday, December 7, 2015

Kru dan Sinopsis


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

kami buat blog ni sebab blog ni akan dijadikan report untuk tugasan kami dalam subjek Pembangunan Aplikasi Multimedia yang diajar oleh Puan Haslina binti Hassan; pensyarah kami yang paling sporting, paling disayangi dan paling best. So, tugasan kami sebenarnya adalah untuk membuat video yang berkaitan dengan 'Kesedaran permainan berkomputer, dan pengaruhnya terhadap remaja Malaysia". Jadi, saya sebagai updater yang pertama memperkenalkan rakan seperjuangan yang akan berjuang menyiapkan video yang dijangka siap pada minggu ke-14. Jadi, berikut adalah ahli kumpulan kami:

1. Maryam Jamilah binti Abd Najeh
2. Farizan binti Hamzah
3. Siti Balqis binti Mohamed Yaso

berikut adalah sinopsis bagi video kami yang bertajuk 'The Broken Rules':

Sering didengari di sana sini mengenai keburukann bermain permainan berkomputer yang menggerunkan masyarakat terutama dari kalangan ibu bapa. kesan-kesan yang sering kita dengari adalah seperti masalah pembelajaran dan terlalu leka sehingga melupakan segala tugasan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Sebenarnya terdapat kebaikan dalam setiap perkara di dunia ini walaupun sedikit, termasuklah permainan berkomputer yang sudah sebati dengan tanggapan negatif masyarakat dunia. Namun, terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi apabila seseorang ingin mendapatkan lebih banyak kelebihan apabila bermain permainan berkomputer. Namun, jika peraturan ini dilanggar, akan berlaku sesuatu kepada sang pengguna yang mungkin tiada siapa yang dapat menjangka. Apakah peraturan yang menjadi pegangan yang dalam mencapai kelebihan bermain permainan berkomputer? dan apa yang akan berlaku seandainya peraturan tersebut dilanggar? Nantikan dalam  "The Broken Rules"

Rasa ingin tahu? Hahaha, harap bersabar kerana jalan cerita pun masih belum ada *peace*

No comments:

Post a Comment